Tuesday, January 4, 2011

Result! New Semester! New GF??? erk...

Oh! Ini entri PERTAMA LMJ untuk tahun 2011. Cepat betullah masa ni berjalan. Pantas giler!  Laju nak mampus macam formula one. Boleh? Huhuhu... Ok! Sebenarnya LMJ sangat teruja untuk meninggalkan tahun 2010 dek kerana tahun lepas banyak sangat dugaan yang melanda hidup LMJ. Bukannya dugaan yang ringan-ringan tapi dugaan yang BERAT! Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan keluarga dan teman-teman tapi mesra rapat, berjaya jugak LMJ hadapinya. Thanx to all ya!

Di celah-celah dugaan demi dugaan tersebut, terselit hikmah sebenarnya.Ngeee~~ Result exam semester lepas dah keluar dah... Oh kali ni LMJ nk memuji SUP IPG Kampus Raja Melewar, sangat PANTAS, TUNTAS dan CAKNA (phewitt!!) Cepat pulak result kali ni keluar. Resultku??? Oh rasa macam nak melompat bila kawan-kawan bagitahu result LMJ (buat-buat tak percayalah!) Last-last LMJ pergi tengok sendiri result tu... Wah! Wah! Memang rasa nak aje melompat lebih tinggi dan menjerit macam orang sakit mental..  Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dengan result tu... Walaupun taklah reach 4 flat, tapi boleh dibanggakan lah (Mungkin bagi LMJ aje kowt!)... Oh, macam ni resultnya :

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran : A-
PSS 3108 Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah : A-
PSS 3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial : A-
PJM 3110 Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Jasmani : A-
BMM 3102 Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Rendah : A-
WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan : A
WAJ 3111 Gerko Unit Beruniform : A-

So, melayakkan LMJ mendapat pointer sebanyak 3.79... Bukan bagi orang lain, biasa-biasa aje kot result LMJ. Tapi LMJ sangat bersyukur padaNYA dan berbangga dengan result ini. Dalam meladeni dugaan demi dugaan dalam hidup LMJ, LMJ berjaya jugak dapat result macam ni.. Alhamdulillah!!!

Ok! Enough! New semester dah mula pun. Hari ni masuk hari kedua. Semangat kali ni, lain sikit... Yelah, dah masuk tahun ketiga. Next year dah FINAL YEAR dah... Hohoho... Sangat gumbira!!! Teruja pulak nak start kuliah (mungkin pembawakan result kot... hehehe) Ade jugak kawan-kawan dah perli! Adoyai! Nape nak perli-perli??? Tak sukalah. Walaupun LMJ tahu LMJ dapat the highest dalam kelas kali ni, tak payahlah nak perli-perli, Kalau dorang dapat result gempak, LMJ tak pernah cakap apa-apa tau! Tapi lantaklah, bak kata kawan baik LMJ; Cikgu Rina, Lantaklah apa dorang nak kata, LMJ worth with that result.. Ngee!! Thanx Cikgu Rina...

Ok... Pasal GF baru... lalala... takde kot.. saja menyedapkan entri! Lalala...


Merah Jambu Lagi!!!
Harus ke entri ni??? HARUSLAH!!!!

Ocehan Otak Oleh Lelaki Merah Jambu a.k.a Azrin Rusdan



Thursday, October 28, 2010

Exam Tu Apa?

Hohoho... Tajuk entri yang sungguh kejam sampai nak mati! Ya! Bapak KEJAM la.. hehehe.. Ya lor, mana taknya, 6 tahun SEKOLAH RENDAH, 5 tahun SEKOLAH MENENGAH. Lepas tu, ni dah dekat 7 semester kat IPG, takkanlah masa tak tahu EXAM tu apa? Bengong Pandai sungguh!!!

Mengikut kamus tafsiran aku sendiri, muka surat 2589 baris ke 33.. EXAM itu bermaksud enjoy! Eh, bukan-bukan! Exam tu merupakan penilaian secara sumatif yang dilakukan setiap penghujung semester bagi menguji kebengapan kepandaian para pelajar.Setelah satu semester belajar, belajar dan belajar sampai nak mati sudah tentu penilaian diadakan untuk menentukan sejauh mana kefahaman pelajar tentang subjek yang telah diajar. Okay! Oh, apa hal tetiba membebel pasal EXAM ni?

Sebenarnya nk bagitahu, exam aku start SELASA depan. SELASA! Bukan esok ok! Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je masuk semester 4. Tup tup tengok, minggu depan aku dah exam wei!!! Ish, exam minggu depan, tapi tak study lagi. Terror tak aku? Pandai tak aku? Hikhikhik (^_^) Perasan lah! Kau tu bodoh  kurang pandai sikit. Jadi sedar-sedarlah diri, pi pakat-pakat study ye. Hang pi bukak buku ya.

Ok kawan-kawan, marilah kita berazamm untuk mula study malam ni (tak taulah jadi ke tak). Marilah kita bukak buku, bukak nota and STUDY.. Sebab exam sudah di hujung simpang just around the corner. Jadi sedar-sedarlah diri. Jom kita study!

                                  Lelaki merah jambu tengah study! Phewiiittt!!!

Slogan Minggu Ini : 'JOM KITA STUDY'

Wednesday, October 27, 2010

Lelaki dan Merah Jambu...

Merah Jambu... Warna yang cukup sinonim dengan kaum PEREMPUAN dan dot dot dot. Kalau sebut saja warna PINK mesti terus terbayangkan perempuan cantik kan? Kalau lelaki yang menggemari warna PINK ini, pasti akan dikatakan dot. dot. dot. (faham-faham sendirilah!)

Oh! Tapi kini TIDAK lagi, Ada juga lelaki yang menggemari warna PINK ni. Malah jelas menunjukkan kemachoan mereka dengan menggayakan pakaian yang berwarna PINK. Oh cukup kacak dengan T Shirt yang berwarna PINK. Jadi jelaslah menunjukkan yang kenyataan klise atau tipikal : Lelaki tak pakai PINK or lelaki tak sesuai dengan warna PINK. Kalau PINK tu mesti gay! and bla bla bla... So mulai sekarang silalah kita ubah presepsi masing-masing kan?

Sebenarnya, kita tidak ada hak untuk menentukan warna ini sesuai dengan apa... or warna ini sesuai dengan siapa.. Kita masing-masing ada hak untuk memilih warna yang kita sukai. Bukan kena tangkap pun kalau salah pilih warna. Tak ada pun kena masuk penjara kalau anda suka warna yang tidak sesuai dengan anda. Hidup anda, suka hati andalah!

Macam aku... suka warna MERAH JAMBU... So, sebab itulah aku buat blog LELAKI MERAH JAMBU ini.... So, ini dia....

                  LELAKI MERAH JAMBU